Sejarah Sekolah


Sejarah Sekolah


Diasaskan pada tahun 1946 dengan nama Sekolah Umum Bukit Kerayong, terletak di jalan Kenangan, Bukit Kerayong.
   Pada tahun 1948, sekolah ini berpindah ke tempat lain dengan nama Sekolah Umum Bukit Janda dengan jumlah murid seramai 100 orang. Sekolah ini berpindah sekali lagi ke tapak baru dengan bangunan papan pada tahun 1957 di Jalan Sekolah, Kampung Bukit Kerayong 42200 Kapar Selangor dengan nama SK Bukit Kerayong. Sebuah bangunan baru dua tingkat telah siap pembinaan pada tahun 1988 dan telah digunakan pada Januari 1989.
   Kini SK Bukit Kerayong mempunyai empat buah bangunan sekolah dan terdapat seramai 458 orang murid.

DATA SEKOLAH
Luas tanah            : 5,406 ekar
Gred sekolah         : A
Kod sekolah          : BBA 3003
Fizikal sekolah       : 1 buah kantin
                             4 blok bangunan A,B,C dan D
Bilik Darjah           : 15 kelas
Makmal sains         : 2 buah
Bilik K. Hidup         : 1 buah
Bilik Mesyuarat       : 1 buah
GPK1/HEM/Koku    : 1 buah
Pejabat/bilik GB      : 1 buah
Surau                    : 1 buah ( An-Nazhofah)
PSS/bilik tayang      : 1 buah
Bilik alatan             : 1 buah
Rumah guru            : 4 buah
Rumah basikal         : 2 buah
Tempat menunggu     : 1 buah
Makmal Komputer    : 1 buah